NAMA BLOG : Beluru '69
SENARAI NAMA KUMPULAN BLOG :-
1 .NORLAILA BINTI MAMAT (PPG/11416/12)
2.WAN SABRAN BIN WAN NAWI ( PPG/11495/12 )
3.WAN MOHD HAZMAN BIN HASAN ( PPG/13055/12 )
4. SYED MOHD APANDI BIN SYED AHMAD ( PPG/13049/12 )
5. ROSE SHAZLEEN KHAN BIN ABD RAHMAN ( PPG/11440/12)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 3
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Wira
Tarikh : 10 Mei 2012
Masa : 60 minit
Bilangan murid : 30 orang
Tema : Mari Bertani
Tajuk : Bumi Hijau
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan dapat :-
i) Menyampaikan maklumat tentang proses penanaman padi dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.
ii) Mengenalpasti dan menyusun isi penting berdasarkan tajuk yang dibincangkan
iii) Menbina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
3.1 - Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 1 (i) – Mengemukakan maklumat dengan menggunakan frasa dan ayat yang sesuai.
Aras 2 (i) – Mengenalpasti dan menyusun isi penting berdasarkan tajuk yang dibincangkan.
8.1 - Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1 (i) – Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.
Fokus Sampingan :
5.1 - Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) – Memahami perkataan, frasa dan ayat
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis
Sistem Bahasa : i) Morfologi – kata kerja
ii) Sintaksis _ ayat tunggal, ayat majmuk
iii) kosakata - membajak,menyemai,mengubah,merumput,menuai,
membanting, menumbuk, mengangin,mengilang
Pengisian kurikulum :
i) Ilmu - Sains dan teknologi
ii) Nilai – Kerajinan, kesyukuran
Kemahiran bernilai tambah : KBKK – Menilai, menyusun atur
Pengetahuan sedia ada :
i) Murid sudah biasa melihat petani bekerja di sawah
ii) Murid sudah biasa membina dan menulis ayat
Bahan bantu belajar : Slaid proses penanaman padi, lembaran kerja dan lembaran permainan bahasa
Alat bantu belajar : LCD
AKTIVITI
LANGKAH 1 ( Set Induksi – 5 minit )
~ Guru menayangkan slaid gambar kerbau
~ Bersoaljawab mengenai gambar yang dipaparkan
Apakah nama binatang ini ?
Di manakah terdapat banyak binatang ini ?
Apakah kegunaan binatang ini kepada manusia ?
LANGKAH 2 ( 20 MINIT )
~ Guru memaparkan jawapan dan mengaitkannya dengan tajuk
~ Perbincangan proses penanaman padi secara tradisional dan secara moden.
~ Guru menunjukkan slaid proses penanaman mengikut urutan sambil mendapatkan
respon daripada murid
LANGKAH 3 ( 15 MINIT )
~ Guru meminta murid menyebut semula langkah-langkah atau proses penanaman padi.
~ Perbincangan perbezaan cara penanaman secara tradisional dan moden.
~ Bersoaljawab mengenai kebaikan proses penghasilan padi secara moden.
~ Guru memaparkan slaid kebaikan proses penghasilan padi secara moden .
LANGKAH 4 ( 5 MINIT )
~ Guru menerangkan maksud kata kerja dan meminta murid menyebut, membaca dan
mengeja perkataan kata kerja yang berkaitan tajuk.
~ Meminta murid membaca contoh-contoh ayat daripada kata kerja yang dipaparkan.
LANGKAH 5 ( 10 MINIT )
~ Guru menayangkan slaid lembaran kerja dan menerangkan kepada murid supaya mereka memahami kehendak soalan.
~ Meminta murid mengeluarkan buku aktiviti jilid , muka surat 1 dan meminta mereka melengkapkan aktiviti atau kata kerja pada gambar yang sesuai.
~ Guru meminta beberapa orang murid menaip perkataan pada slaid lembaran kerja untuk perbincangan jawapan .
~ Meminta murid membina dan menulis ayat dengan tulisan yang cantik untuk lembaran kerja kedua
~ Guru menayangkan slaid permainan bahasa iaitu mencari perkataan tersembunyi dan member peluang kepada murid yang telah siap kerja untuk mencuba.
LANGKAH 6 - PENUTUP ( 5 minit )
~ Meminta murid melakonkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh petani dalam proses penanaman padi
~ Guru membuat rumusan sambil menerapkan nilai murni supaya murid-murid menghargai jasa petani dalam menghasilkan beras untuk makanan semua manusia.