Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahap 1 (Tahun Tiga)


1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

            Aras 1Menyoal dengan menggunakan kata tanya.

Objektif Pelajaran:Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:
Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun Tiga
Kelas/Tahun : Tiga Kemboja
Tarikh/Hari : 27.03.2008 – Isnin
Masa : 10.20 am – 11.20 am
Topik : Kesenian Dan Kebudayaan
Subtopik : Seni Tradisional Kita
Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama:

 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan
Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1
Membina ayat tunggal daripada perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik
Membaca lancar teks ‘Seni Tradisional Kita’ dengan sebutan yang betul.
Membina lima daripada enam ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberi dengan tulisan yang cantik.
Menyoal tentang ‘Seni Tradisional Kita’ dengan menggunakan tiga kata tanya dengan tepat.

Sistem Bahasa:
Tatabahasa : Ayat tunggal dan kata tanya.
Kosa kata : Berasal, diasaskan, diiringi, disampaikan, berjenaka dan sering.
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Kesenian dan kebudayaan.
Nilai : Keaslian, memelihara seni budaya, menghargai seni reka budaya, analitis, logis, celik akal dalam pengolahan.
Kemahiran berfikir : Kemahiran generik, kemahiran membuat keputusan.
Belajar cara belajar : Kemahiran membaca: Membaca kuat dan lancer dengan intonasi yang betul.
Kemahiran komunikasi lisan: Mengemukakan soalan.
Kemahiran menulis: Membina ayat.
Kecerdasan pelbagai : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, naturalistik, kinestetik.
Bahan Bantu Mengajar:  Teks beserta gambar seni tarian tradisional. Buku teks Bahasa Melayu. Borang pengurusan grafik. Lagu beserta dengan lirik lagu ‘Ala Canggung’.
Pengetahuan Sedia Ada:  Murid mengetahui beberapa jenis seni tradisional yang terdapat di negara kita.  Murid pernah menyertai persembahan seni tradisional seperti tarian tradisional semasa majlis penyampaian hadiah pada akhir tahun.